SHAH ALAM 12 Jun. – Dua orang ‘mak nyah’
menjadi mangsa ragut dua orang wanita bertudung di Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen
7 di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.
Menurut mangsa, Haiqal Hashim Hafiq,
28, dan Ahmad Farid Roslan, 25, mengatakan bahawa mereka sempat bergelut
setelah mengejar peragut tersebut sebelum mereka dapat melarikan diri.
Katanya, ketika kejadian, mereka baru
sahaja keluar dari kereta dan ingin berjalan menuju ke kedai makan.
Tambahnya, wajah suspek tidak dapat
dicam oleh mangsa memandangkan kedua-duanya memakai tudung dan menutupi muka
mereka.
Saksi kejadian, Ahmad Adi, 22, dan
Zulkifli Fakaruddin Amir, 21, memberi penerangan bahawa dia terkejut melihat
kejadian itu kerana kedua peragut itu adalah wanita yang bertudung.
Namun begitu, situasi berikut sempat
dirakamkan oleh dua orang sahabat yang sedang merakamkan video tentang hari
kedua mereka berada di sini.
Ekoran kejadian itu, Hashim Hafiq dan
Farid Roslan kerugian sejumlah wang tunai, telefon bimbit, dan kad kredit yand
disimpan dalam beg tangan mereka.
Kata mereka, mereka telah membuat
laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Seksyen 11 di sini pada hari
kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Shah Alam, Supritendan Zulkifli Maarof mengesahkan bahawa ini adalah kes
ragut pertama yang melibatkan wanita bertudung di Shah Alam.
Kata beliau, ini mungkin modus operandi baru perompak pada masa kini dengan menggunakan wanita bertudung sebagai salah
satu hasil mereka.
Pihak polis akan mengambil tindakan
yang sewajarnya berikutan dengan kejadian yang telah berlaku ini.
**Video ini adalah lakonan semata-mata, tiada kaitan sama ada dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia**
**Video ini adalah lakonan semata-mata, tiada kaitan sama ada dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia**
No comments :
Post a Comment